Sunday, November 02, 2008

PSP at last dah bleh pakai balik!

Semalam belikan Ahmad memory card baru untuk PSP dia. Selepas dia gigit yang lama... geram betul aku time tu. Aku tepok mulut dia. Dah lah dia gigit Tangkai PSP tu, genuine leather tangkai tu, sampai hancur bederai!! Then tangkai tu dah hancur, dia gigi pulak cover memory card, aku nampak tanda gigi.. aku marah dia, then satu ari tu. Dia gigit punya gigit sampai memory card terkeluar... dia gigit memory card.. hancur memory card tu. Tak bleh pakai lagi. Aku punya geram lah! Aku tepok mulut dia! Aku geram pasal dia instantly nak suruh aku beli lagi. Dia ingat aku ni chap duit ke!! Ah AHMAD! Kau ingat mak kau ni chap duit ke!!

Aku pun confiscate PSP dia. Aku simpan dah dekat 2 bulan lah gitu... last2 aku fedup sendiri, pasal dia esek gaduh adik beradik nak main computer pasal PSP dia takde... Anwar aja yg ada PSP pasal dia pandai jaga PSP dia. Tapi bila AHmad takde PSP, si Anwar macam tawar hati nak main PSP lagi.

2 comments:

Nad.is.me. said...

HAH AHMADD!!! KAU INGAT MAK KAU CHAP DUIT KE! Wahahaha.

[Kelakar seh kekwa. Kalau dia dah besar dia baca ni, confirm dia gelak guling-guling]

Hehehe.

Zaharah Mohammad said...

Ah tulah, sardin jer dia suruh aku beli baru. Aku cakap dgn dia, take care of the PSP, wait lost... dia kata, lost then mak buy for ahmad new one.. oiiii!! sedapnyaaa!!!